Ekonomi Malaysia Diunjur Naik Antara Tiga Hingga Lima Tahun

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangkakan dalam aliran meningkat untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, disokong oleh pelaburan tempatan dan asing yang kukuh, peningkatan eksport serta sokongan kerajaan yang konsisten ke atas syarikat-syarikat.

Ini, menurut laporan, akan membantu keluaran dalam negara kasar mencecah AS$1.3 trilion (AS$1 = RM4.28) menjelang 2030 dan mengatasi jirannya, Singapura.

Ketua Ekonomi IQI Global, Shan Saeed, berkata hasil daripada Inisiatif Satu Jalur dan Satu Jalan China (BRI), pelaburan besar-besaran akan terus memasuki Malaysia.

"Inisiatif ini akan menjadi pencetus perubahan di Malaysia, dan selain negara ini, BRI juga relevan kepada dua anggota Asean lain iaitu Indonesia dan Filipina.

"Singapura, tidak lama lagi,akan menyertai dua negara lain, dalam meraih manfaat daripada inisiatif ini," katanya kepada Bernama.

BRI ialah strategi pembangunan yang dicadangkan oleh Presiden China Xi Jinping, yang memberi tumpuan kepada hubungan dan kerjasama antara negara-negara Eurasia.

Pada Mei lepas, sembilan perjanjian perniagaan ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China, dengan anggaeran cadangan pelaburan sebanyak RM31.3 bilion.

Ini merupakan tambahan kepada 14 memorandum persefahaman berkaitan sektor pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan bernilai RM143.6 bilion yang ditandatangani pada 2 November 2016.

Beliau berkata Malaysia akan menjadi koridor perdagangan antara Asean dan China.

"Negara ini akan mendapat banyak pelaburan, bukan sahaja dari China, bahkan daripada pelabur dari seluruh dunia hasil daripada BRI," katanya.

Shan berkata sebaik pelabur melihat kestabilan ekonomi dan politik, mereka akan lebih yakin untujk  datang ke negara ini dan seterusnya membantu meningkatkan nilai mata wang tempatan, yang didagangkan pada julat  4.15 dan 4.30.

"Saya melihat dolar US akan terus menyusut  pada separuh kedua 2017, menyebabkan mata wang lain, termasuk ringgit, mengukuh. Saya tidak akan terkejut jika ringgit mencecah 4.15 menjelang akhir tahun,” katanya sambil menambah ekonomi Malaysia akan terus bertahan.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: IQI Global

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan