Produk Rumpai Laut Negara Bakal Tembus Pasaran Global

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Produk berasaskan rumpai laut keluaran Malaysia berpotensi untuk dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa berikutan hasil laut negara itu berkualiti tinggi.

Pengarah Urusan Comfort Rich Sdn Bhd Anuar Ma Yusof berkata rumpai laut boleh didapati dalam jumlah banyak di perairan Semporna, Sabah dan dapat memenuhi permintaannya yang semakin meningkat.

“Ramai yang masih tidak menyedari potensi dimiliki rumpai laut untuk dijadikan perniagaan. Pada asasnya bahan ini mendapat permintaan tinggi kerana ia antara campuran digunakan dalam penghasilan yogurt, jus minuman, kek serta coklat.

“Rumpai laut juga digunakan sebagai campuran dalam menghasilkan produk kecantikan seperti sabun, pelembab, pencuci muka dan juga syampu,” kata Anuar yang menjalankan perniagaan berasaskan rumpai laut kepada Bernama.

Bagaimanapun beliau berkata tidak ramai di negara ini yang terlibat dalam industri itu, baik sebagai penjual, pembekal dan  pemproses, selain yang terlibat dalam mempromosinya.

Beliau berkata dengan kelebihan memiliki sumber yang banyak, Malaysia mampu menjadi antara pengeluar utama produk berasaskan rumpai laut sekaligus dapat menyaingi perniagaan besar dari negara jiran seperti Filipina, pengeluar utama rumpai laut dan produk berkaitan di peringkat antarabangsa, selain Indonesia.

Hasil laut negara itu, katanya mendapat permintaan tinggi terutama dari India dan Singapura.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata syarikatnya yang berpangkalan di Shah Alam kini dalam proses untuk mengeluarkan produk makanan halal berasakan rumpai laut bagi haiwan ternakan dan peliharaan.

“Kami menyasarkan dapat mengeluarkan makanan haiwan ternakan dan peliharaan berasaskan rumpai laut dalam bentuk dedak untuk ayam, ikan, lembu, makanan kucing dan juga anjing pada tahun ini.

“Kami yakin ia akan mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana makanan dihasilkan lebih berkualiti dan terbukti menerusi kajian makmal selain lebih murah kerana menggunakan sumber tempatan,” katanya.

Pengenalan produk baharu itu diharap dapat meningkatkan nilai keseluruhan jualan tahunan syarikat sehingga mencecah RM10 juta, katanya.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Comfort Rich , Anuar Ma

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan