Sunway REIT Beli Hartanah Sunway Clio

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 3:22 PM

Jeffrey Ng Tiong Lip

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT), melalui pemegang amanahnya, RHB Trustees Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Sunway Forum Hotel Sdn Bhd untuk membeli hartanah Sunway Clio pada RM340 juta secara tunai.

Sunway Forum Hotel adalah anak syarikat milik penuh Sunway Bhd.

Sunway REIT Management Sdn Bhd, pengurus Sunway REIT, berkata hartanah yang terletak di Sunway City di Subang Jaya, Selangor itu, terdiri daripada sebuah hotel 19 tingkat bertaraf empat bintang dengan 401 bilik yang dikenali sebagai Sunway Clio Hotel, tiga tingkat ruang niaga berkeluasan boleh disewa bersih kira-kira 8,211 meter persegi dan tempat letak kereta berbilang tingkat dengan 732 ruang letak kereta.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Management, Datuk Jeffrey Ng berkata pengambilalihan itu akan memperkukuhkan lagi portfolio aset Sunway REIT dan memanfaatkan sinergi perniagaan di Sunway City.

"Kami akan dapat menawarkan suite hotel lengkap dari hotel empat hingga lima bintang dalam kawasan yang sama.

"Kami yakin sinergi perniagaan yang luar biasa di dalam perbandaran, ditambah dengan pengendali hotel dan pasukan pengurusan kemudahan yang berpengalaman, akan memaksimumkan prestasi harta itu," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya harta itu dijangka mencatatkan pertumbuhan yang baik dalam jangka panjang yang disokong oleh persekitaran yang kukuh.

"Apabila selesai pengambilalihan yang dicadangkan itu, Sunway REIT akan mempunyai jumlah inventori bilik lebih daripada 1,400 bilik di Sunway City.

"Kami percaya pengambilan cadangan itu tepat pada masanya untuk menampung inventori bilik yang lebih tinggi bagi menguasai bahagian pasaran yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata apabila selesai pengambilalihan, aset Sunway REIT akan meningkat kepada 16 hartanah, mengukuhkan kedudukannya sebagai REIT kedua terbesar di Malaysia dengan gabungan nilai hartanah gabungan RM6.9 bilion.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan