suria

India Akan Belanja US$14 Bilion Modenkan Pelabuhan

NEW DELHI: India merancang untuk membelanjakan kira-kira US$14 bilion (US$1 = RM4.27) bagi tempoh dua dekad akan datang bagi memodenkan infrastruktur pelabuhan dan kapasiti pengendalian kargo.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Kementerian Perkapalan berkata, kerajaan telah menyediakan pelan induk  untuk memajukan kapasiti di 12 pelabuhan utama dan akan melaksanakan 142 projek bagi mempertingkatkan kapasiti tahunan sebanyak 884 juta tan.

“Projek itu akan dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun di bawah skim pengangkutan maritim “Sagarmala” India, dengan kos 914.34 bilion rupee (US$14.3 bilion),”menurutnya.

Kementerian itu berkata, pelan perluasan pelabuhan yang dirangka oleh kerajaan bertujuan memenuhi pertumbuhan kargo pada masa hadapan India, sebagai ekonomi ketiga terbesar Asia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain