PUNB Fokus Lahir Lebih Ramai Usahawan Muda

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meletakkan fokus untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda berusia bawah 30 tahun selaras dengan dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilaksana kerajaan.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sehingga 30 Jun lepas PUNB telah meluluskan sebanyak RM231.78 juta pinjaman kepada 608 syarikat melibatkan 862 orang usahawan dan kini kira-kira 60 peratus daripada usahawan PUNB terdiri daripada golongan muda.

Beliau berkata kerajaan melalui TN50 menekankan peranan generasi muda dalam memajukan negara, justeru PUNB mahu melahirkan lebih ramai usahawan generasi itu bagi menjadi pemangkin memajukan negara terutamanya dalam sektor ekonomi.

“PUNB bergerak bersama pelbagai skim untuk generasi muda seperti Prosper Usahawan Muda bagi membantu usahawan ini kembangkan perniagaan mereka dan kita mulai tahun ini akan bukukan semua pencapaian usahawan muda PUNB untuk dikongsi bersama sebagai panduan,” katanya kepada pemberita di Bukit Katil, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Agro Bazaar milik Baroqah Foodstuff Sdn Bhd dan menyampaikan pinjaman berjumlah RM300,000 kepada syarikat tersebut yang diwakili Pengurusnya Muhammad Hanzalah Abdullah Hashim.

Sementara itu Mohd Ali berkata pihaknya sedang memperkukuh tadbir urus pejabat PUNB di setiap negeri bagi membolehkan pejabat tersebut memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap usahawan di bawah pemantauannya.

“Kita sedang bincang untuk tambah kakitangan satu negeri mungkin kepada 10 orang, yang mana setiap seorang akan jaga usahawan di bawah skim masing-masing juga ada pegawai yang menjaga kutipan semula pinjaman,” katanya.

Beliau berkata melalui langkah itu PUNB juga mahu setiap pegawainya mengadakan lawatan berkala sekali sebulan kepada setiap usahawan bagi memberikan bantuan terutamanya usahawan yang menghadapi masalah jualan.

“Kita mahu duduk bersama-sama membantu usahawan bagi mengatasi masalah dihadapi mereka, malah kita sedia jadual semula pinjaman mereka jika perlu,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan