Keuntungan Westports Susut

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Westports Holdings Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM174.42 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017 berbanding RM191.99 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehannya turut susut kepada RM501.44 juta daripada RM522.63 juta, sebelum ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kelemahan prestasi itu disebabkan oleh penyusutan aktiviti kendalian kontena.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ruben Emir Gnanalingam Abdullah berkata industri perkapalan kontena sedang melalui proses perubahan atau penjajaran semula yang sememangnya di luar jangkaan.

"Aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (entiti) ketika ini boleh menjejaskan jumlah kendalian kontena kami, terutamanya penghantaran. Ini kerana entiti yang terbabit dalam usaha penggabungan dan pengambilalihan berkenaan berkemungkinan memilih untuk menilai semula perkhidmatan dan pilihan pelabuhan persinggahan," katanya.

Ruben berkata, sejajar perubahan itu, syarikat berkenaan menjangkakan bilangan kendalian kontena itu akan kekal rendah pada tahun ini.

Westports mencatat jumlah kendalian kontena sebanyak 2.23 juta unit bersamaan kontena 20 kaki (TEU) pada suku kedua 2017, susut 11 peratus daripada 2.50 juta TEU bagi tempoh sama, tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan