Rundingan TPPA Dijangka Dimuktamad Pada November

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia mengekalkan sikap terbuka ke atas cdangan yang dibangkitkan oleh negara peserta yang lain mengenai TPPA.

Pakatan perdagangan itu telah dirundingan selama lebih lima tahun, namun kini kedudukannya tidak pasti selepas Presiden Amerika Syarikat (US) Donald Trump membuat keputusan bahawa negara itu menarik diri daripada pakatan berkenaan.

Sebelas lagi negara termasuk Malaysia, masih merundingkan masa depan pakatan itu.

"Tumpuan Malaysia kini ialah kepada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau  (RCEP), yang berkemungkinan dimuktamadkan awal tahun depan, dengan Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan serta Asean sebagai pemancu utama," kata Mustapa kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ketiga Ekonomi Nasional, Institut Kepimpinan Strategik Asia, di sini, Selasa.

Setakat ini negara peserta dalam RCEP sudah bertemu beberapa kali, dengan kemajuan dicapai untuk memuktamdkannya, dan ia akan berincang sekali lagi di Hyderabad minggu depan, katanya.

Beliau juga berkata Malaysia akan terus memperjuangkan peluang-peluang pertumbuhan dalam  Asean kerana ia merupakan tempat berteduh golongan muda, kumpulan umur bekerja yang besar dan kelas pertengahan yang semakin meningkat, dan pada masa yang sama komited untuk terus meliberalisasikan peraturan perdagangan dan pelaburan.

Dalam negara Mustapa berkata unjuran ekonomi Malaysia tahun ini agak positif selepas merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar  5.6 peratus pada suku pertama hasil daripada angka pelaburan dan perdagangan yang baik.

Beliau juga berkata Bank Dunia juga menyemak naik unjuran ke atas pertumbuhan Malaysia tahun ini kepada 4.9 peraatus manakala firma penyelidikan seperti Citibank Research mengunjurkan angkanya lebih tinggi pada 5.2 peratus.

"Walaupun ekonomi positif, Malaysia perlu sentiasa peka terhadap cabaran yang dihadapi kini dan terus menarik pelaburan berkualiti.

"Cabaran termasuk menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan belia, yang kini pada tahap 10 peratus, selain turun naik dalam sektor komoditi,” kata Mustapa.

Mengenai resolusi oleh Parlimen Eropah bagi Kesatuan Eropah  (EU) yang menyekat import minyak sawit,  Mustapa berkata tindakan itu tidak adil dan melanggar peraturan perdagangan dunia.

Beliau berkata aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia mengenai isu itu diambil segera namun belum dapat dikemukakan sehingga resolusi itu diterima pakai secara rasmi oleh Suruhanjaya EU.

Beliau berkata Kabinet juga membincangkan isu itu selain tindak balas termasuk membatalkan pembelian produk Perancis seperti jet pejuang dan kereta.

“Namun kita belum sampai ke tahap itu,” kata  Mustapa.-- Bernama
Tags / Kata Kunci: TPPA , November , Mustapa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan