Pengeluaran Getah Asli Susut 10 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia pada Mei 2017 susut  10 peratus kepada  44,010 tan berbanding 48,889 tan pada April,kata Jabatan Perangkaan.

Sektor pekebun kecil merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran NR. menyumbang lebih 90 peratus, kata jabatan itu dalam kenyataan mengenai Perangkaan Bulanan Getah Malaysia, Mei 2017 ”, di sini, Rabu.

Harga purata bulanan lateks beku dan Getah Mutu Malaysia (SMR 20) mencatatkan 630.52 sen sekilogram dan 650.05 sen sekilogram, susut 1.6 peratus dan 9.6 peratus daripada April 2017.

Pada Mei 2017, eksport NR susut 14.8 peratus kepada 50,630 tan berbanding April.

“Lima destinasi utama eksport NR ialah China (40.5 peratus), Jerman (15.4 peratus), Iran (6.5 peratus), Finland (4.6 peratus) dan Amerika Syarikat (4.4 peratus),” katanya.

Sementara itu, penggunaan domestik getah asli meningkat 4.4 peratus kepada 40,896 tan dalam tempoh yang sama.

Industri sarung tangan getah merupakan pengguna utama domestik dengan penggunaan lebih 70 peratus.

Jabatan itu berkata paras stok NR pada akhir Mei 2017 merosot 10.1 peratus kepada 208,299 tan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan