Penyenaraian Edra Dijangka Kumpul Lebih RM5 Bilion

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penjana kuasa bebas (IPP), Edra Power Holdings Sdn Bhd, dijangka disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada November tahun ini.

Sumber industri pasaran modal berkata syarikat itu yang merupakan IPP kedua terbesar di Malaysia dan syarikat tenaga nuklear utama di dunia, dijangka mengumpul lebih daripada RM5 bilion daripada penyenaraiannya.

Para penganalisis berkata “Edra adalah suatu yang baik kepada pemulihan ekonomi Malaysia” kerana cadangan penyenaraian itu dibuat dalam keadaan petunjuk ekonomi positif termasuk pertumbuhan dan eksport yang kukuh dan peningkatan ringgit.

Apa yang paling menonjol ialah semakan pertumbuhan ekonomi 2017 negara oleh Bank Dunia kepada 4.9 peratus daripada 4.4 peratus sebelumnya, lebih tinggi berbanding unjuran kerajaan sendiri susulan prestasi suku pertama yang amat memberangsangkan.

Turut menyumbang kepada sentimen positif itu ialah ringgit, yang disebut-sebut sebagai mata wang paling kukuh di Asia.

Ini disebabkan oleh aliran masuk kukuh dana asing ke pasaran saham, yang mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, ditutup melebihi paras  1,787 mata pada awal Jun, dan disokong oleh pendapatan korporat yang positif.

Dalam keadaan itu, penganalisis berpendapat kenaikan di Bursa Malaysia akan memberi prospek baik bagi harga penyenaraian Edra, yang walaupun tidak ditetapkan, akan menjadikan tawaran awam permulaan (IPO) rancak semula.

Ini memandangkan Edra dijangka menjadi IPO “blokbuster” dengan pengurus dana utama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, Tabung Haji dan Khazanah Nasional Bhd kini ‘semakin aktif” memandangkan peningkatan permintaan terhadap penyenaraian baharu.

“Ia akan menjadi penyenaraian yang menjadi tumpuan yang juga akan menarik pelabur runcit untuk terlibat sebagai pemegang saham dalam syarikat itu,” kata seorang penganalisis. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Edra , Bursa Saham

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan