Mapex 2017 Tawar Hartanah Bernilai RM5 Bilion Di Perak

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 5:09 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ekspo Hartanah Malaysia 2017 (Mapex 2017) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 28 Julai depan di Perak, akan mempamerkan kira-kira 20,000 unit kediaman dan komersial bernilai RM5 bilion.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Perak Tony Khoo Boon Chuan berkata daripada jumlah itu kira-kira 3,000 unit kediaman ditawarkan khusus untuk golongan Bumiputera.

Beliau berkata sebanyak 47 syarikat pemaju dari Perak, Cameron Highlands, Pahang dan Johor akan menawarkan hartanah kediaman dan komersial yang terletak di Ipoh, Sitiawan, Taiping, Tapah, Bidor dan Teluk Intan.

"Harga unit kediaman yang ditawarkan serendah RM150,000 hingga RM5 juta seunit dan pemaju turut memberikan insentif, rebat serta diskaun sehingga 10 peratus terutama kepada pembelian lot bumiputera," katanya pada sidang media mengenai Mapex 2017 di sini, Selasa.

Tony Khoo berkata Mapex 2017 yang berlangsung di pusat mebel-belah Ipoh Parade dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bakal dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan 30,000 pengunjung mengunjungi ekspo berkenaan yang turut mengadakan taklimat dan ceramah termasuk mengenai pelaburan hartanah serta cukai berkaitan hartanah.

"Penganjuran Mapex merupakan peluang terbaik bagi orang ramai untuk membuat penilaian serta perbandingan harga rumah kerana pemaju menawarkan harga berpatutan bagi membolehkan orang ramai terutama rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Rehda menjangkakan pertumbuhan ekonomi pada separuh kedua tahun ini memberangsangkan, sekali gus menyumbang kepada perkembangan pasaran hartanah di Perak.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan