suria

Alam Flora Jalin Kerjasama Dengan Samsung

KUALA LUMPUR: Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) memulakan perkongsian dengan Samsung bagi meningkatkan sistem pengurusan bersepadu (AIMS) Alam Flora menerusi telefon pintar perniagaan terkini daripada Samsung, XCover 4.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Datuk Mohd Zain Hassan berkata kerjasama itu adalah untuk pembelian 175 telefon XCover 4 yang dipasang dengan aplikasi AIMS iaitu ''MResponz'', bagi meningkatkan operasi dan kecekapan para pekerjanya.

Beliau berkata aplikasi MResponz merupakan platform yang mana pekerja di lapangan dapat bertindak balas terhadap aduan orang awam pada masa sebenar.

"Kami akan membawa aplikasi ini ke peringkat seterusnya dengan memaksimumkan integrasi dengan peranti ini.

"Ini akan menjadi langkah luar biasa bagi Alam Flora dalam memulakan syarikat ini dalam Rejim Ekonomi Digital dan menjadikan syarikat ini sebagai Penyedia Pengurusan Sisa Pepejal Digital di Malaysia yang terkemuka," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman perkongsian itu di sini, Selasa.

Telefon XCover 4 ialah produk komunikasi mudah alih eksklusif hanya untuk pelanggan perniagaan Samsung yang memaparkan paparan TFT 4.99 inci dengan resolusi 720x1280p.

Di bawah hud peranti ini dilengkapi dengan pemproses quad-core, dipasangkan dengan RAM 2GB dan penyimpanan dalaman 16MB yang boleh diluaskan menerusi microSD serta kamera belakang 13 megapixel dengan tangkapan swafoto 5 megapixel.

Tambahan lagi, XCover 4 mampu menampung pemukulan dan bekerja dalam suhu melampau, rendah dan tinggi, sepertimana dijamin oleh penarafan ketenteraan Amerika Syarikat (standard MIL-STD 810G).

Artikel Sebelum

Artikel Lain