Julie's Usaha Tembusi Pasaran Baharu Tujuh Negara

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 5:11 PM

Pengurus Pemasaran Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd yang merupakan pengeluar biskut Julie's, Benny Chia (kanan) menunjukkan tin edisi khas biskut 'Love Letters' sempena Aidilfitri ketika ditemui selepas program Titipan Kasih Iftar Julie's bersama anak yatim dan tahfiz, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, pengeluar biskut Julie''s, merancang menembusi pasaran baharu di tujuh lagi negara di Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika, menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Pemasarannya Benny Chia berkata langkah berkenaan merupakan antara usaha untuk mengembangkan lagi pasaran biskut keluarannya secara meluas di seluruh dunia, selain meningkatkan jualan pada masa akan datang.

"Sekarang ini produk keluaran Julie''s telah berada di 78 negara, dan jualan berkembang kukuh di negara berkenaan terutama di Asean dan Asia walaupun keadaan ekonomi tidak berapa stabil sejak beberapa tahun ini.

"Perkembangan positif ini mendorong kami untuk menyasarkan tujuh lagi pasaran baharu agar kita dapat menembusi 85 negara menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita pada program Titipan Kasih Iftar Julie''s bersama anak yatim dan tahfiz di sini Jumaat malam.

Program berkenaan dirasmikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Sazali Muhd Din dan turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Zainal Hussin.

Benny berkata setakat ini tiada produk baharu dikeluarkan kerana pihaknya memberi tumpuan khusus terhadap usaha mengembangkan sayap perniagaan dan memperkukuhkan syarikat dengan produk sedia ada.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 100,000 tin biskut Love Letter perisa coklat dan strawberi dikeluarkan dalam edisi tin khas berwarna hijau sempena Hari Raya Aidilfitri, dan telah mula berada di pasaran sejak 22 Mei lepas.

"Ini adalah satu inisiatif syarikat yang keluar daripada kebiasaan untuk membuat reka bentuk baharu bagi label tin biskut yang kita keluarkan dalam tempoh 30 tahun ini. Edisi ini terhad, dan pelanggan boleh mendapatkannya di pasaran sedia ada," katanya.

Katanya sampul duit raya edisi khas juga disertakan di dalam tin biskut berkenaan dan ruang untuk meluahkan rasa turut disediakan di belakang sampul berkenaan bagi menggalakkan masyarakat, terutama generasi muda, menghargai orang tersayang dengan slogan nama Julie''s ''Titipan Luahan Kasih Anda''.

Terdahulu, hampir 800 orang yang terdiri daripada anak yatim dan orang ramai menyertai program Titipan Kasih Iftar Julie yang merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat syarikat itu, di dataran Taming Sari di sini.

Benny berkata program tersebut adalah yang kedua anjurannya yang bermatlamat menceriakan golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim agar tidak merasa terpinggir  menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Julie's

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan