Mah Promosi Dan Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mahu mempromosi dan mengukuhkan hubungan perniagaan khususnya yang berkaitan dengan komoditi seperti minyak sawit di kalangan sektor swasta dan awam di Itali.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata, Menteri Datuk Seri Mah Siew Keong, sedang dalam misi lawatan selama dua hari ke Rom.

Dalam satu sesi perbincangan dengan pengeluar mentega coklat yang terkemuka Itali, Ferrero, Mah mendedahkan wujudnya kempen ''Tiada Minyak Sawit'' yang telah menjadi satu cabaran kepada industri minyak sawit, membabitkan hampir 1600 produk di seluruh Eropah.

"Semasa pertemuan ini, beliau melahirkan penghargaan tertinggi kepada Ferrero berikutan keyakinan syarikat itu dalam minyak sawit dan juga di atas kemenangannya dalam satu kes di mahkamah pada minggu lepas.

"Mahkamah Rayuan di Brussels berpendapat label dan dakwaan yang berkaitan dengan kempen ''Tiada Minyak Sawit'' adalah mengelirukan dan tidak mempunyai sebarang merit atau berdasarkan kepada fakta-fakta saintifik yang terbukti.

"Dalam konteks ini, mahkamah telah memerintahkan pada 2 Jun 2017, rantaian pasaraya Belgium, Delhaize, telah mengelirukan para pelanggannya apabila membuat dakwaan-dakwaan yang tidak tepat ke atas minyak sawit, termasuk pada label ''Tiada Minyak Sawit'' produk keluarannya sendiri," katanya.

Menurut Mah, Mahkamah Rayuan Belgium memutuskan bahawa dakwaan dan mesej yang disampaikan oleh Delhaize mengenai minyak sawit adalah "meragukan, tidak objektif dan tidak berasas" dalam hubungan kepada alam sekitar serta kesihatan.

"Mahkamah Rayuan Belgium adalah sangat tegas dalam keputusannya, di mana Delhaize hendaklah dengan serta-merta berhenti daripada membuat dakwaan yang menyalahi undang-undang dan tidak berasas terhadap minyak sawit melalui label ''Tiada Minyak Sawit''.

"Kegagalan untuk mematuhi peraturan mahkamah tersebut boleh mengakibatkan pengenaan atau penalti kewangan sehingga jumlah maksimum sebanyak  and euro;1 juta," katanya.

Mah mengulangi bahawa Malaysia telah membuat komitmen kemampanan sendiri dengan memastikan bahawa pengeluaran minyak sawit di seluruh negara akan disahkan melalui standard Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia pada 2020.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan