suria

Chubb Lancar Insurans Motor Tanpa tarif

KUALA LUMPUR: Chubb Insurance Malaysia Bhd (Chubb) melancarkan ''MY Car Insurance'', polisi insurans motor yang pertama tanpa tarif, dibangunkan hasil liberalisasi insurans pemotoran yang dimulakan oleh Bank Negara Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, harga produk insurans permotoran akan ditentukan oleh penanggung insurans individu dan pengusaha takaful, yang memberikan mereka fleksibiliti untuk membangunkan dan menawarkan pakej produk dan perkhidmatan insurans motor sesuai dengan bajet pengguna, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden Negara bagi Chubb Malaysia, Steve Crouch berkata ini memberi peluang kepada syarikat itu untuk memacu inovasi dalam penawaran produk bagi memenuhi perubahan dari segi keperluan pengguna.

"Kami menjalankan kajian menyeluruh mengenai pengalaman pemandu Malaysia dan menyediakan penyelesaian yang merangkumi semua-dalam-satu jika berlaku kerosakan kenderaan, kemalangan atau banjir," katanya.

MY Car Insurance disediakan oleh semua ejen Chubb di seluruh negara menerusi rangkaian 23 cawangan dan lebih 2,500 ejen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain