Red Wing Buka Kedai Pertama Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Red Wing Shoe hari ini mengumumkan pembukaan besar-besaran bagi Kedai Red Wing baharu di Kuala Lumpur, sekali gus memperluaskan kehadiran mereka di Asia Tenggara. 

Sebagai pembekal utama bagi kasut keselamatan, Red Wing memberi perkhidmatan kepada semua industri termasuk mereka yang mempunyai persekitaran kerja yang paling sukar, seperti tenaga. Syarikat itu memahami tuntutan di dalam menyediakan perlindungan, keselesaan dan ketahanan mutlak di tapak kerja, dan kini membawa pengalaman membeli-belah yang disesuaikan ini kepada pelanggan mereka di Malaysia.

Terletak di Pusat Beli-belah Avenue K, kedai di Kuala Lumpur itu mempunyai penawaran PPE Red Wing yang lengkap dari kepala hingga ke kaki, termasuk kasut perlindungan yang memenuhi atau melebihi standard seperti EN ISO dan ASTM, kasut yang kalis api, kaca mata keselamatan, sarung tangan, dan juga peralatan dan aksesori perlindungan peribadi yang lain.

Di samping menyokong pasaran tenaga Asia Tenggara, kedai itu akan menawarkan Vasque(R), barisan produk Red Wing yang terdiri daripada but dan kasut berprestasi untuk mendaki, dan koleksi Heritage mereka iaitu kasut gaya hidup dilhamkan yang diperbuat daripada tangan, yang direka untuk sebarang upacara.

Kerusi kulit, dinding bata, perkakas siap yang ditempah khas dan sistem bunyi terkini membawa pelawat ke dalam suatu suasana kerja bertemakan industri yang menyediakan keselesaan bagi pembeli dan menghubungkan mereka dengan prinsip-prinsip teras Red Wing Shoe Company -- keselamatan, prestasi dan perkhidmatan.

Pelanggan boleh menikmati ketenangan fikiran dengan bantuan pakar satu dengan satu daripada kakitangan Red Wing yang biasa dengan keperluan persekitaran kerja dan tujuan bagi setiap pelanggan.

Tahap perkhidmatan Red Wing sewajarnya tidak dapat ditandingi, dan pelanggan pulang dengan mengetahui bagaimana untuk memelihara kaki mereka secara betul untuk mempunyai keselesaan dan efektif di tempat kerja.

Kedai eksklusif di Kuala Lumpur itu menawarkan teknologi pengimbasan kaki terulung di dalam industri kasut, yang dengan pantas mengenal pasti jenis lengkuk, saiz kaki dan titik tekanan yang unik bagi seseorang individu, sekali gus merevolusikan sains bagi kepadanan dan keselesaan kasut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan