Malaysia Buka Laluan Francais Luar Masuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 8:37 PM

(Ubah saiz teks)

HO CHI MINH: Malaysia membuka peluang seluas-luasnya kepada syarikat francais dari luar negara, khususnya negara ASEAN untuk menembusi pasaran tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar) berkata, Malaysia mempunyai perundangan khusus bagi mengawal selia industri francais bagi memastikan ia berkembang dengan baik.

"Malaysia menerajui industri francais di rantau ini kerana kita mempunyai Akta Francais 1998 dan mempunyai pelan pembangunan yang inklusif bagi menyokong industri ini," katanya pada sesi forum perniagaan Malaysia-Vietnam sempena Pameran Francais dan Runcit Antarabangsa Vietnam ke-9 di sini pada Khamis.

Hamzah berkata, tidak banyak negara di dunia yang mempunyai perundangan yang mengawal selia industri francais seperti Malaysia.

Berikutan itu, Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dalam membangunkan industri francais kepada Vietnam sekiranya diperlukan.

"Kerjasama antara kedua-dua negara akan lebih mudah sekiranya Vietnam juga mempunyai perundangan yang sama bagi berkongsi pasaran ASEAN yang besar," katanya.

Malah, Malaysia mempunyai agensi khusus, iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang membantu dari segi khidmat nasihat dan pengembangan syarikat francais.

Hamzah kemudiannya merasmikan Pavilion Francais Malaysia di sini yang turut disertai 12 jenama francais tempatan iaitu Global Art, Poney, House of Healin, Place2stay, Old Town White Coffee, The Manhattan Fish Market, Dapur Penyet, Bangi Kopitiam, Constant, Ibu Sayang, Q-dees dan GTC.

Ketika ini tujuh jenama francais Malaysia sudah berada di Vietnam iaitu Bonia, Gintell, Global Art, U C Mas, Tomei, Lovely Lace dan GTC dengan outlet sebanyak 143.

Bagaimanapun belum ada jenama Vietnam beroperasi di Malaysia.

Hadir sama dalam misi perdagangan francais ke Vietnam adalah Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Sri Jamil Salleh, Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner. - Bernama

Tags / Kata Kunci: francais , Hamzah Zainudin

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan