Celcom Jangka Langganan Harian Meningkat 20 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd berharap dapat meningkatkan langganan hariannya sebanyak 20 peratus menerusi Celcom EasyPhone, program ansuran peranti terbesar mulai 1 Jun-31 Julai 2017, bersempena bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Pemasaran Zalman Aefendy Zainal Abidin, enggan mendedahkan jumlah langganan ketika ini.

Beliau berkata menerusi EasyPhone, Celcom menawarkan cara paling mudah kepada setiap orang bagi memiliki telefon pintar terkini dari serendah RM25 sebulan dengan kontrak 24 bulan.

"Disokong oleh rangkaian evolusi jangka panjang Lightning Fast oleh Celcom, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai promosi menarik dan kandungan mudah alih digital yang akan terus memeriahkan perayaan yang pasti sukar dilupakan ini, " kata beliau kepada pemberita semasa mengumumkan tawaran dan promosi istimewa Celcom di sini, Isnin.

Zalman Aefendy berkata syarikat telekomunikasi tersebut akan melancarkan kempen bertema Raya yang dipanggil ''Mak Kata'', bagi memberi pekspektif yang berbeza terhadap perayaan Hari Raya, dengan menumpukan pada nasihat dan kata-kata bijak bestari daripada kalangan ibu.

"Kami juga menawarkan pilihan ''Xpax Raya Freebies'' kepada pelanggan prabayar kami bagi tambahan mingguan untuk panggilan tanpa had kepada 10 rakan yang mengguna sebarang rangkaian, atau tambahan mingguan bagi Internet lewat malam 10GB atau baucar Lazada bernilai RM10, mulai sekarang sehingga 30 Jun.

"Selain itu, pelanggan akan menikmati kuota Tambahan berganda sehingga 20GB yang meliputi Internet lewat malam, Facebook dan Video Walla apabila pelanggan membeli Tambahan bagi pelan harian dan Tambahan bagi pelan mingguan menerusi Xpax App sahaja," tambahnya.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Celcom , EasyPhone

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan