suria

Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu

(dari kiri) Ketua Pengurusan Jenama Access Celcom Axiata Berhad, Daren Victor; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan; Lea Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Zalman Aefendy Zainal Abidin pada majlis pelancaran pek hiburan baharu Xpax Music Walla and Video Walla pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Xpax, jenama prabayar utama Celcom Axiata Bhd, kini memperkenalkan pek hiburan baharu,Video Walla dan Music Walla kepada pelanggannya yang menjadi peminat hiburan muzik dan video.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan berkata, pengenalan Music Walla dan Video Walla menunjukkan komitmen syarikat untuk terus menawarkan hiburan digital terbaru dan terbaik melalui konten muzik dan video kepada pelanggannya, yang disokong rangkaian evolusi jangka panjang sepantas kilat Celcom.

"Video Walla dan Music Walla itu akan memastikan pelanggan mendapat hiburan terbaik tanpa bimbang kehabisan kuota data," katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk tersebut di sini, Rabu.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Azwan Khan berkata, pelanggan boleh stream muzik tanpa had di Music Walla pada harga berpatutan dengan langganan RM1 seminggu dan RM3 sebulan.

Peminat hiburan video boleh menikmati Video Walla dengan RM1 sehari untuk 1GB video dan RM7 seminggu untuk 10GB.

Sementara itu, Zalman Aefendy berkata, Music Walla menawarkan konten daripada platform streaming muzik popular dan lebih 30 stesen radio tempatan.  Pelanggan Video Walla boleh menikmati hiburan daripada Youtube, iflix, Netflix dan lain-lain, katanya.-- Bernama

Walla, Celcom

Artikel Berikut

Artikel Lain