suria

Kempen Be A-Class Ahead: JomPAY Dan Menang

KUALA LUMPUR: JomPAY telah melancarkan kempen Be A-Class Ahead: JomPAY dan Menang yang menawarkan lebih daripada RM 1 juta hadiah termasuk dua buah Mercedes-Benz A 200 AMG Line.

Peraduan ini akan berakhir pada 31 Julai 2017.

Sesiapa sahaja boleh menyertai peraduan ini dengan hanya menyimpan bil JomPAY sebagai kegemaran di perbankan dalam talian dan seterusnya membuat pembayaran JomPAY menggunakan pilihan kegemaran melalui perbankan internet, telefon mudah alih dan ATM di 40 bank-bank yang mengambil bahagian.

Dua pemenang hadiah utama berupa Mercedes-Benz A 200 AMG Line akan diumumkan pada Jun dan Ogos 2017.

Terdapat juga hadiah rebat tunai bulanan serta mingguan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM800,000 yang boleh dimenangi dari bank-bank yang mengambil bahagian di dalam peraduan ini.

Peraduan ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna perbankan dalam talian yang membuat bayaran melalui JomPAY.

JomPAY merupakan cara yang mudah, cepat dan selamat untuk membayar bil dan invois.

Pelanggan boleh JomPAY pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui perbankan online.

Paling menarik, JomPAY adalah percuma untuk pelanggan membuat pembayaran.

Peter Schiesser, Pengarah Urusan MyClear teruja melancarkan kempen ini bagi tahun kedua berturut-turut.

"Jumlah transaksi tahunan JomPAY telah meningkat lebih daripada 500 peratus setelah ramai pelanggan bank mula menyedari kemudahan JomPAY. Sebaik sahaja anda menyimpan bil sebagai kegemaran untuk pembayaran melalui JomPAY di perbankan dalam talian, hanya beberapa saat masa yang diperlukan untuk JomPAY bil anda," katanya.

JomPAY adalah perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang terbesar di Malaysia berdasarkan jumlah bilangan pengebil iaitu sebanyak 1,400 merangkumi semua syarikat telekomunikasi, utiliti elektrik, perkhidmatan TV berbayar, pembekal utiliti air di 11 negeri, 87 pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans, broker saham, peniaga e-dagang ,PKS dan pelbagai perniagaan lain.

Pengebil dan peniaga yang menggunakan JomPAY untuk membuat kutipan bayaran hanya perlu berurusan dengan sebuah bank sahaja untuk mengutip bayaran dari bank-bank di Malaysia.

"Apabila sesebuah perniagaan menggunakan perkhidmatan JomPAY, bank-bank di seluruh negara bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mengutip bayaran perniagaan." tambah Schiesser.- Bernama

JomPAY

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain