suria

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan pengumuman data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2017 yang memberangsangkan pada Jumaat.

Pada pukul 6 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.3180/3230 berbanding dolar AS daripada 4.3260/3290 pada Khamis.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh 5.6 peratus dalam Suku Pertama 2017 berbanding 4.1 peratus dalam suku yang sama pada 2016, mendapat rangsangan daripada permintaan kukuh tempatan dan perbelanjaan swasta.

Ia merupakan catatan terbaik sejak suku yang sama pada 2015, apabila KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus.

Peningkatan data yang tidak disangka itu menyebabkan ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama kecuali euro.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1056/1114 daripada 3.1062/1088 pada Khamis dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8723/8782 daripada 3.9203/9244 pada Khamis.

Unit tempatan meningkat berbanding pound sterling kepada 5.6177/6247 daripada 5.6398/6446 tetapi susut berbanding euro kepada 4.8176/8245 daripada 4.8096/8147 sebelumnya. - Bernama

bursa malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain