Nasihat Penting Untuk Usahawan - Mara

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Para usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menjalankan perniagaan dalam talian dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan perniagaan daripada dicerobohi pihak tertentu menerusi pelbagai serangan siber.

Timbalan Pengarah (Bahagian Pembangunan Usahawan) Mara Md Najib Mo''min berkata ini sekali gus mampu mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan serta sabotaj oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

"Kita kena ambil langkah berjaga-jaga. Kita kena perketatkan sekuriti supaya tidak menjadi mangsa sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena Mara Bootcamp e-Usahawan yang turut dihadiri Pengarah Mara negeri Mumfahir Suparja, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas impak ancaman serangan virus Ransomware ''Wannacry'' yang kini melanda beberapa negara sejak Jumaat lepas.

Md Najib berkata sesi penerangan mengenai ancaman siber akan terus dibuat bagi meningkatkan pemahaman dalam kalangan usahawan khususnya usahawan dalam talian mengenai impak serangan tersebut terhadap perniagaan mereka.

"Tahun lepas, kita ada buat sesi seperti ini yang mana wakil dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dijemput untuk memberi pendedahan tentang langkah-langkah yang perlu diambil daripada terkena serangan siber ataupun sebarang penipuan.

"Insya-Allah kita akan teruskan sesi sebegini pada masa akan datang dengan pendekatan yang lebih terperinci dan khusus berbentuk teknikal berteraskan setiap platform media sosial yang ada," katanya dan menambah terdapat lebih 70 peratus usahawan Mara menjalankan perniagaan menerusi platform dalam talian.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meminta orang ramai supaya tidak panik dengan ancaman serangan Ransomware Wannacry yang kini melanda di seluruh dunia kerana kementerian itu mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan ruang siber negara terlindung daripada pelbagai serangan siber.

Madius berkata setakat ini, CyberSecurity Malaysia hanya menerima dua laporan insiden jangkitan Ransomware Wannacry melibatkan institusi pendidikan dan organisasi swasta.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan