Vivo V5S Paling Sesuai Untuk Penggemar Swafoto - Niaga | mStar

Vivo V5S Paling Sesuai Untuk Penggemar Swafoto

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 9:30 PM

Artis tempatan yang juga Ikon Selfie Vivo, Joyce Chu (tengah) berswafoto bersama pengunjung pada 'Vivo V5s Super Day' pada Rabu. Program itu diadakan bagi mempromosikan telefon pintar keluaran terbaru Vivo.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berita baik buat penggemar swafoto, telefon pintar vivo V5s yang baru dilancarkan merupakan gajet paling sesuai untuk merakam gambar mereka.

Pengurus Jenama Vivo Technologies Sdn Bhd Simeon Sia berkata gajet itu, yang dilengkapi kamera hadapan beresolusi 20 megapiksel (MP) dengan ciri pencahayaan ''Softlight Camera'' hasil kerjasama dengan Sony, menjanjikan pengalaman swafoto menarik dengan paparan imej dan warna lebih jelas.

"V5s menawarkan pengalaman swafoto yang menarik tidak kira dalam suasana siang atau malam... inilah pengalaman yang kami mahu bakal pembeli nikmati.

"Pada harga RM1,299 seunit, ia didatangkan dalam tiga warna berbeza - ''crown gold'', ''rose gold'' dan hitam.

"Kami juga mahu pembeli maklum bahawa ini merupakan produk terbaik bagi setiap nilai ringgit yang dibelanjakan,"'' katanya pada sidang media bersempena acara ''vivo Super Day, Super Experience'''' dengan ikon swafoto V5s, Joyce Chu, di sini, Khamis.

Dengan pelancaran V5s, Sia berkata Vivo Technologies Sdn Bhd menyasarkan untuk meningkatkan pasaran telefon pintar syarikat itu, yang ketika ini mencecah 12 peratus.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Vivo , Simeon Sia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan