India Lulus Perjanjian Beli Baja Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Kabinet India meluluskan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini untuk membeli baja dari Malaysia.

Di bawah perjanjian yang dimeterai semasa kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke New Delhi, India akan membeli pengeluaran urea dan ammonia daripada kilang yang akan dibangunkan oleh konsortium Malaysia yang dianggotai Isomeric Holding Sdn Bhd dan Edra Power Holdings Sdn Bhd di Melaka.

Kabinet India telah memberikan kelulusan kepada permeteraian MoU dengan Malaysia bagi membangunkan kilang itu, demikian menurut satu kenyataan daripada kerajaan pada Rabu.

Projek itu dijangka menelan kos US$ 2.1 bilion dengan kapasiti tahunan mengeluarkan 2.4 juta tan metrik urea dan 1.35 tan metrik ammonia.

Kilang Malaysia itu akan memastikan bekalan baja khusus ke India, yang mengimport tujuh hingga lapan juta tan metrik urea setahun kerana pengeluaran tempatan yang berjumlah kira-kira 24 juta tan metrik tidak mencukupi untuk menampung permintaan domestik.

Tags / Kata Kunci: Baja , Malaysia , India

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan