Najib Minta Asean Turun Tarif Kepada Sifar, Mansuh NTB

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Sepuluh negara anggota Asean mesti berusaha keras untuk menurunkan tarif di rantau ini kepada sifar selain memansuhkan halangan bukan tarif, memandangkan tidak ada pilihan lain untuk mewujudkan ekonomi yang lancar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Asean sudah melangkah jauh ke hadapan sejak 50 tahun lepas dengan menggandakan ekonomi sebanyak 28 kali, daripada AS$87.2 bilion (RM380 bilion) pada 1975 kepada AS$2.5 trilion (RM10.88 trilion) pada 2014 dan kini mengunjurkan peningkatan kepada AS$9.2 trilion (RM40 trilion) menjelang 2050, menjadikannya kumpulan ekonomi keempat terbesar di dunia.

"Ini angka yang besar dan kedudukan yang mengagumkan. Namun, kita belum merealisasikannya. Cabaran besarnya ialah memastikan usaha berterusan dalam penyepaduan ekonomi individu kita, yang penting bagi Asean itu sendiri, untuk menjadi pasaran dunia yang penting.

"Perjalanan kita masih jauh," katanya hari ini dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Kemakmuran Untuk Semua anjuran Majlis Penasihat Perniagaan Asean sempena Sidang Kemuncak ke-30 Asean di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Asean perlu menurunkan tarif perdagangan yang masih wujud.

Beliau memetik angka Pertubuhan Perdagangan Dunia yang menunjukkan tarif Asean adalah pada purata empat peratus pada 2015.

"Tindakan menurunkannya kepada sifar mesti diteruskan bersungguh-sungguh," katanya kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang menyertai persidangan itu.

Rantau ini juga mesti berusaha memudahkan perdagangan sesama Asean.

"Bagi merealisasikan angka AS$9.2 trilion itu menjelang 2050, perlu ada pengurangan 20 peratus kos tetap perdagangan. Kita mesti berusaha memudahkan tindakan seperti jendela tunggal nasional yang lancar dan dihubungkan dengan jendela tunggal Asean serta menyeragamkan prosedur kastam," kata Najib.

Yang lebih penting, halangan bukan tarif (NTB) dan Langkah (bukan tarif) (NTM) -, yang dikenali sebagai ''malah kedegilan seluruh dunia'', mesti dikurangkan atau dimansuhkan sama sekali.

Perdana Menteri berkata antara 2000 dan 2015, NTB dan NTM di Asean sebaliknya meningkat - daripada 1634 langkah kepada 5975.

"Ini perlu disemak dan diterbalikkan. Untuk Asean merealisasikan sasaran ekonomi AS$9.2 trilion, NTB dan NTM mersti dikurangkan sebanyak 50 peratus.

"Tidak ada pilihan jika kita mahu merebut sasaran itu. Sangat besar dan usaha secara bersepadu perlu bagi menangani masalah ini.

"Ia sangat penting, kerana tanpa kejayaan ekonomi, tidak ada apa-apa untuk dikongsikan," katanya.

Turut hadir bekas Presiden dan Anggota Kongres Parlimen Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan Presiden Penasihat Keusahawan dan Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean Jose A. Concepcion. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Najib , Asean , NTB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan