Kilang Penapis Gula Terbesar M'sia Siap 80 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 2:57 PM

Mohd Isa
(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah siap 80 peratus dan dijangka memulakan operasi pada tahun depan, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, apabila beroperasi ia dijangka mampu mengeluarkan satu juta tan metrik gula bertapis setahun.

"Ini akan menjadikan MSM (MSM Malaysia Holdings Bhd) bukan sahaja dapat menjual gula bertapis di pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport ,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis Penyerahan Komputer dan Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir 2 (F) di sini, Jumaat.

MSM yang dikuasai syarikat perladangan utama FGV dan menguasai 65 peratus bahagian dalam pasaran gula tempatan telah membelanjakan RM90 juta bagi pembelian tanah 20.477 hektar untuk kilang penapis ketiga negara.

Mohd Isa berkata, kilang tersebut akan mendapat bekalan gula mentah daripada beberapa negara, termasuk Brazil, China dan Thailand.

"Bekalan gula mentah ini kita beli daripada beberapa negara lain sebab kita tiada projek tanam tebu dalam sekala besar.

"Saya fikir tanah pun tak begitu sesuai dan di Negeri Sembilan ini pernah dibuat projek penanaman tebu pada awal 60-an dan 70-an dan didapati kandungan gula dalam tebu itu tidak berapa cukup,"katanya .-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: FGV , Isa Samad

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan