Pasaran Hartanah Catat Penurunan Urus Niaga

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Pasaran hartanah mencatatkan sebanyak 320,000 urus niaga bernilai RM145.41 bilion, pada 2016, penurunan 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dalam satu kenyataan hari ini berkata sub-sektor kediaman terus memacu keseluruhan pasaran dengan menyumbang 63.4 peratus dari segi kuantiti dan 45.1 peratus dari segi nilai manakala rumah mampu milik terus mendapat permintaan dengan lebih daripada 65.0 peratus urus niaga kediaman dicatatkan bagi hartanah berharga dalam lingkungan RM300,000 dan ke bawah.

Oleh kerana pasaran terus lemah, bilangan rumah yang baru dilancarkan merosot kepada hampir 53,000 unit, turun sebanyak 9.8 peratus, berbanding lebih 58,000 unit pada 2015, kata jabatan itu.

Sementara itu, prestasi jualan juga rendah pada 31.4 peratus berbanding 42.1 peratus pada 2015.  Pembelian perlahan dalam pasaran juga menyebabkan peningkatan lebihan, kata jabatan itu, sambil menambah jumlah lebihan meningkat kepada 14,792 unit, bernilai RM8.56 bilion, naik 43.8 peratus, dari segi kuantiti dan 70.7 peratus dalam nilai berbanding 2015.

"Ingin saya tegaskan bahawa ini adalah satu isiu penting yang perlu ditangani oleh semua pihak, terutamanya pihak berkuasa tempatan dan pemaju hartanah.

"Kedua-dua pihak perlu melakukan kajian daya maju sebelum mencapai sesuatu keputusan pembangunan untuk mengelakkan situasi lebihan bekalan," Ketua Pengarahnya Dr Rahah Ismail dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Dalam sektor pejabat dan runcit, kekosongan terus meningkat dengan kedua-dua Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan 2.74 juta meter persegi ruang pejabat kosong, peningkatan 16 peratus berbanding 2015.

Ruang runcit kosong juga meningkat kepada 2.7 juta meter persegi, naik 11.9 peratus, berbanding 2015.  Mengenai prospek masa depan, Rahah berkata pasaran hartanah dijangka kekal sederhana dalam tempoh dua tahun akan datang, disokong oleh pelbagai insentif berkaitan hartanah dan dasar monertari akomodatif. 

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan