Petronas Lubricants Yakin Tingkat Jualan Minyak Pelincir Motosikal Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Petronas Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat Petronas Dagangan Bhd yakin dapat meningkatkan kuantiti produk minyak motosikalnya kepada tiga kali ganda dengan pelancaran Petronas Sprinta with UltraFlex, tahun ini.

Petronas Sprinta with Ultraflex telah terbukti dalam penyelidikan bahawa prestasinya lebih baik sebanyak 41 peratus, kerana ia tahan ricih tinggi bagi mencegah pencairan dan pemekatan minyak, apabila terdedah kepada suhu yang tinggi pada 150 darjah Celsius.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zubair Abdul Razak, berkata produk baharu pelincir motosikal itu menahan pencairan minyak yang menyebabkan bunyi bising yang bergetar dan juga mencegah pemekatan minyak yang akan menyebabkan ia mengalir secara perlahan.

"Ketika ini, Malaysia memiliki 11.6 juta motosikal dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak empat peratus dan daripada jumlah itu, 81 peratus daripada penunggang motosikal menunggang setiap hari dengan 70 peratus daripadanya bergantung sepenuhnya kepada motosikal mereka untuk bergerak.

"Penggunaan setiap hari memberi banyak tekanan kepada enjin motosikal, walaupun dalam keadaan penunggangan biasa. Akibatnya, ramai pengguna sentiasa bimbang motosikal mereka akan rosak dan mereka terpaksa mengeluarkan kos yang mahal untuk membaikinya,"'' katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini, Isnin.

Menurutnya, dengan Petronas Sprinta with UltraFlex yang dilengkapi formulasi unik dan molekul fleksibel akan dapat menangani tekanan yang dialami motosikal dan memberi tunggangan yang lebih baik kepada pengguna.

Sementara itu, Ketua Serantau Asia Pasifik Petronas Lubricants International, Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata pelancaran Petronas Sprinta with Ultraflex disasarkan untuk memanfaatkan peluang pasaran yang besar dan sedang berkembang pesat di Malaysia.

"Harapan pertumbuhan kami adalah bersandarkan kepada teknologi sebagai pembeza asas untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna, di samping bersiap sedia untuk merebut peluang pasaran yang semakin berkembang," katanya.

Ketika ini, rangkaian pelincir Petronas Sprinta baharu itu telahpun diperkenalkan di pasaran India dan Malaysia. Ia akan dilancarkan di Vietnam, Thailand dan Indonesia secara berperingkat, bermula pada suku ketiga pada tahun ini.  -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Petronas Lubricants

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan