JPB Menang Anugerah Operator Terminal Pelbagai Guna Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Johor Port Bhd (JPB), ahli Kumpulan MMC, memenangi anugerah Operator Terminal Pelbagai Guna Terbaik pada majlis Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik Frost  and  Sullivan.

Pengerusinya Datuk Seri Che Khalib bin Mohamad Noh berkata anugerah itu membuktikan komitmen jitu JPB ke arah meningkatkan standard dalam menyediakan perkhidmatan menambah nilai kepada pelanggan.

"JPB merupakan kemudahan pelabuhan pelbagai guna bersepadu di selatan Malaysia, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelabuhan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pelanggan individu," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Anugerah itu dimenangi JPB sebagai perakuan ke atas prestasi dan idea inovasi yang berjaya dalam industri pelabuhan selain kejayaan peranannya dalam mengguna pakai amalam terbaik dalam organisasi.

Syarikat itu juga baru-baru ini meraih Anugerah Kecemerlangan Industri bagi sektor perkhidmatan pada majlis anugerah kecemerlangan industri yang mengguna pakai Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia.- Bernama 






Tags / Kata Kunci: Johor Port Berhad , Che Khalib

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan