Expedia Lihat Asia Penting Untuk Kejayaan Masa Depan

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 10:13 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pelancongan dalam talian, Expedia Inc, akan menumpukan kepada Asia dalam masa terdekat dan merancang untuk berkembang di rantau ini kepada pasaran kedua terbesar dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Berdasarkan penilaian daripada data syarikat itu menunjukkan kejayaannya untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang bergantung kepada prestasinya di Asia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Expedia, Dara Khosrowshahi, pada pelancaran Makmal Inovasi Expedia bagi Asia di Singapura, baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, katanya, dengan unjuran dua pertiga daripada penduduk dunia akan menetap di Asia menjelang 2030, pasaran pelancongan Asia dijangka berkembang empat kali lebih cepat berbanding Amerika Utara dan dua setengah kali lebih cepat daripada Eropah.

"Pelaburan yang kami lakukan di sini -- seperti Makmal Inovasi Expedia, yang membolehkan kami memahami pelanggan kami di Asia dengan lebih baik; melabur dalam teknologi dan pekerja kami yang memberi perkhidmatan dengan lebih baik kepada pelancong dan rakan kongsi kami, semuanya ke arah kejayaan kami di Asia," katanya.

Khosrowshahi berkata Expedia dijangka mengambil 5,000 jurutera dalam tempoh lima tahun akan datang, kebanyakannya dari Asia, sebagai tambahan kepada jumlah semasa 5,000 orang di peringkat global.   Expedia, antara syarikat pelancongan terbesar di dunia, menjana nilai tempahan kasar sebanyak AS$72 bilion (AS$1 = RM4.43) pada 2016 di 200 laman di 75 buah negara dan 35 bahasa.

Kejayaannya berdasarkan pelaburan yang besar dalam teknologi untuk memahami hasil sebenar yang menjadi keinginan pelanggan dan melakukan inovasi untuk mewujudkan cara baharu bagi memenuhi mereka.

Sementara itu, Khosrowshahi berkata, AAE Travel Pte Ltd, syarikat usaha sama  antara kumpulan Expedia dan AirAsia Bhd, telah mengawal selia tempat jualan Expedia dan AirAsiaGo di rantau ini sejak 2011.

Expedia menjadi pemegang saham majoriti dalam syarikat itu dengan 75 peratus kepentingan ekuiti, katanya.

"AirAsia merupakan rakan kongsi yang hebat. Kami mempunyai kedudukan yang baik di Asia dan melihat kepada kadar pertumbuhan di Amerika Utara, kami berpuas hati dengan perniagaan kami di Asia.

"Kami tidak tahu Asia menawarkan pertumbuhan yang pesat sehingga kerjasama kami dengan AirAsia. Ia membawa kami kepada peringkat pertumbuhan yang agresif melalui pandangannya yang jauh bagi rantau ini," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Expedia

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan