MRT Corp Beri 31 Pakej RM30 Bilion Laluan SSP

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah memberikan 31 pakej bernilai RM30 bilion setakat ini, bagi projek MRT Lembah Klang Laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP).

Pengarah Projek laluan itu, Datuk Amiruddin Ma'aris berkata baki 38 pakej, bernilai RM2 bilion, dijangka akan diberikan pada tahun ini dan 2018.

"Kerja-kerja pembinaan telah bermula bagi jajaran bertingkat utara dan selatan, bahagian bawah tanah jajaran dan depot. Kami telah mencapai banyak kemajuan," katanya pada taklimat media mengenai kemajuan terkini MRT Laluan SSP di sini, Jumaat.

Beliau berkata pada masa ini, keseluruhan kemajuan MRT Laluan SSP adalah sebanyak 5.3 peratus dan mengikut jadual pembinaan laluan tersebut.

Amiruddin berkata antara kerja-kerja yang sedang dilakukan pada masa ini bagi bahagian bertingkat adalah penempatan semula utiliti, pembersihan tapak, kerja-kerja cerucuk, kerja-kerja tukup cerucuk dan kerja-kerja pembinaan tiang.

"Pada kadar ini, kami akan dapat mula melancarkan galang kekotak bersegmen untuk membina jejambat bertingkat pada suku ketiga tahun ini," katanya.

Bagi kerja-kerja bawah tanah, katanya kerja-kerja tersebut berjalan lancar pada enam peratus, yang termasuk penempatan semula utiliti, penggalian untuk stesen dan syaf, dan pengubahsuaian mesin pengorek terowong (TBM), serta pembuatan.

Beliau berkata 12 TBM akan digunakan untuk menggali terowong bagi bahagian bawah tanah Laluan SSP.

Daripada jumlah itu, lapan adalah mesin yang dibaik pulih yang digunakan di  MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang, dan baki empat adalah baharu.

Sementara itu, Amiruddin berkata nilai pakej yang belum diberikan, tidak akan terjejas oleh pergerakan ringgit.

"(Pakej) dalam nilai mata wang asing kebanyakannya telah selesai dan kami memberikan kesemuanya pada 2016. Oleh itu, kami telah menetapkan harga (pakej)," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MRT Corp , SSP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan