PNB Umum Agihan pendapatan 6.0 Sen Bagi ASM, 6.5 Sen Untuk ASB 2

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.0 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) dan 6.5 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2017.

Agihan pendapatan bagi ASM akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1 bilion manakala ASB 2 pula akan membabitkan pembayaran sebanyak RM384.7 juta, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar pada taklimat mengenai perkembangan terkini PNB di sini pada Isnin.

"Agihan pendapatan ASM berkenaan akan memberi manfaat lebih 500,000 pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 17.3 bilion unit, manakala agihan ASB 2 akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 pemegang unit yang kini memiliki kira-kira 7.4 bilion unit," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PNB , ASM , ASB 2

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan