Proton Dijangka Umum Rakan Strategik Mei Depan

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka mengumumkan nama syarikat yang dipilih menjadi rakan strategik asingnya pada Mei depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

"Proton sendiri yang akan mengumumkannya kerana ia merupakan entiti swasta milik DRB-Hicom Bhd dan bukan lagi milik kerajaan.

"Kerajaan tidak wajar mencampuri urus niaganya, namun kerajaan akan terus memberi pandangan kepada Proton," katanya.

Ong berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Xcess Pusat Wilayah Utara SME Bank yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi perkongsian strategik itu, Proton mampu menghasilkan kenderaan cekap tenaga dan lebih berkualiti selain dapat memperluaskan pasaran di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, jualan kereta di negara ini hanya 600,000 unit setahun di mana jumlah itu sangat kecil berbanding China sebanyak 28 juta, Amerika Syarikat (17 juta) dan Jepun, 10 juta.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi mencapai kemajuan dan bertahan dalam industri automotif negara, Proton tidak boleh bergantung kepada pasaran tempatan semata-mata kerana ia tidak cukup untuk menampung kos penyelidikan dan pembangunan Proton untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti setanding jenama lain.

"Jika kita tidak mengikut perkembangan industri automotif, kita akan  ketinggalan kerana syarikat automotif antarabangsa dijangka mengeluarkan kenderaan secara 'autopilot' serta menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan kereta yang lebih canggih dan berkualiti.

"Kebanyakan pengguna di negara ini merupakan mereka yang ingin memiliki kereta yang berkualiti dan berteknologi tinggi, jadi kita tidak boleh salahkan mereka jika tidak mahu membeli kereta keluaran tempatan sekiranya tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan," katanya menurut laporan Bernama.

Dalam pada itu, Ong berkata Perak bakal menjadi hub automotif bagi pengeluaran alat ganti kereta tidak lama lagi.

"Ia akan menjadi pemangkin kepada vendor automotif untuk membekalkan alat ganti kereta dan beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk membina hub automotif itu, antaranya Ipoh, Kampar atau Taiping," katanya.

Tags / Kata Kunci: Proton , Rakan Strategik , China

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan