Program Mara Bantu 3,500 Usahawan, Bakal Pengusaha Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 7:18 PM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (belakang, tengah) bergambar kenangan bersama penerima anugerah pada majlis Anugerah Usahawan Mara 2016, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menumpukan kepada program pembangunan usahawan Mara untuk membantu kira-kira 3,500 usahawan dan bakal usahawan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program itu merangkumi  latihan kemahiran, kemudahan pinjaman, program trak makanan dan usahawan bergerak.

"Pembangunan usahawan merupakan pelaburan terpenting untuk membangunkan sesebuah negara. Ia menjadi teras kepada inovasi dan transformasi ke arah era kreatif serta ekonomi berpendapatan tinggi," katanya semasa merasmikan majlis Anugerah Usahawan Mara (Aura) di sini, Khamis.

Katanya Mara turut berusaha membantu usahawan mengembangkan perniagaan secara pemilikan aset dan ekuiti melalui program usahawan korporat yang memberi kemudahan pinjaman kepada mereka untuk membeli saham syarikat.

Ismail Sabri berkata Mara sebagai agensi penting untuk membantu usahawan perlu memastikan programnya sentiasa relevan dan memenuhi keperluan semasa.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Aura kepada 11 pemenang bagi kategori Anugerah Tokoh Usahawan, Usahawan Korporat, Pembuatan, Peruncitan, Tekno, Kontraktor Wibawa, Wanita, Penyewa Terbaik, Persatuan Penyewa Terbaik dan Jenama Terbaik.

Penerima Anugerah Tokoh Usahawan, Datuk Ir. Guntor Tobeng, 55, pemilik  syarikat Gading Kencana Sdn Bhd, berkata anugerah itu memberi semangat kepada beliau untuk terus membangunkan syarikat dengan lebih berdaya saing.

Beliau berkata syarikatnya yang mengusahakan tenaga boleh baharu sejak 15 tahun lepas, pada awalnya mengalami kesukaran untuk mendapat kemudahan pinjaman.

"Dengan adanya Mara yang sentiasa memberi bantuan, akhirnya syarikat saya semakin berkembang dan kini menjalin kerjasama dengan syarikat dari luar negara," katanya.

Setiap pemenang menerima wang tunai, trofi, geran pembangunan produk dan sijil penghargaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mara , Aura

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan