suria

MDEC Rekod Pelaburan Baharu Bernilai RM16.3 Bilion

KUALA LUMPUR: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merekodkan pelaburan baharu berjumlah RM16.3 bilion tahun lepas, meningkat berbanding RM4.57 bilion pada 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Yasmin Mahmood berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM6.43 bilion merupakan pelabur baharu, dan merupakan rekod untuk tahun kedua-dua berturut.

Beliau berkata sejumlah RM9.84 bilion daripada pelabur sedia ada juga merupakan angka yang baik walaupun kedudukan ekonomi yang mencabar.

"Kami bangga ke atas pencapaian tahun lepas. Strategi kami untuk mendorong ekonomi digital sudah membuahkan hasil dan kami menyaksikan tahun yang positif dan sihat daripada syarikat bertatus MSC di Malaysia dengan rekod pelaburan  baharu dan kukuh selain daripada pelabur baharu," katanya pada taklimat media mengenai prestasi MDEC 2016 di sini Bernama.

Yasmin berkata jualan ekspot daripada syarikat MSC Malaysia juga meningkat 18 peratus kepada RM19.1 bilion berbanding RM16.2 bilion pada 2015, dengan kelompok Kandungan Kreatif dan Teknologi mencatat pertumbuhan tertinggi sebanyak  RM1.17 bilion. - BERNAMA

MDEC

Artikel Lain