Digistar, React Mobile Meterai MoA Bagi Peranti Keselamatan Mudah Alih

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 9:47 PM

Robb Monkman (kiri) dan Lee Wah Chong menunjukkan peranti 'Panther Mobile'. Foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Digistar Corporation Bhd (Digistar), syarikat sistem komunikasi, menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan React Mobile Ltd, penyedia teknologi dari Amerika Syarikat, bagi sistem dan perkhidmatan keselamatan komprehensif terbarunya 'Panther Mobile'.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Digistar, Datuk Lee Wah Chong berkata, 'Panther Mobile' menerusi butang dikenali 'The Sidekick', dilengkapi aplikasi pintar yang mengintegrasikan pusat arahan Stesen Sistem Pemantauan Pusat (CMS) Panther911 yang beroperasi 24 jam di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Sabah dan Sarawak.

"Perkhidmatan itu menyediakan respons SOS 24 jam, menapis semua amaran palsu dan menyalurkannya serta merta kepada pihak berkuasa tempatan dan polis.

"Sistem itu juga akan mengesan lokasi Sistem Kedudukan Global (GPS) peranti itu dan menghantar amaran sebaik sahaja butang panik ditekan semasa dalam situasi kecemasan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa," katanya pada majlis pemeteraian MoA itu di sini, Rabu.

MoA itu ditandatangani Lee bagi pihak Digistar dan React Mobile Ltd diwakili pengasasnya CEO Robb Monkman, dan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Lee berkata, Digistar meletakkan objektif menjadi penyedia perkhidmatan nilai tambah dari aspek keselamatan dengan menyasarkan 300,000 pelanggan di Malaysia dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, untuk perkhidmatan keselamatan itu, Digistar turut bekerjasama dengan Celcom Axiata Berhad sebagai penyedia rangkaian untuk menghubungkan CMS Panther911 menerusi platform rangkaian mesin ke mesin. 

Digistar akan melabur kira-kira RM40 juta bagi peluasan perkhidmatan itu dan penubuhan kira-kira 30 pusat khidmat dan kedai konsep di seluruh negara dalam tempoh lima tahun, katanya.

Selepas Malaysia sebagai langkah pertama memasuki pasaran Asia Tenggara, Digistar merancang menawarkan perkhidmatannya ke negara jiran termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Digistar , React Mobile

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan