Tan Chong Group Catat Pengeluaran Satu Juta Kenderaan

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd (Tan Chong Group), Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd, mencatat pengeluaran satu juta kenderaan Nissan di negara ini bulan lepas.

Tan Chong Group adalah cabang jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia sejak ia mula beroperasi pada 1957.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Christopher Tan berkata, kejayaan mencapai sejuta kenderaan itu menunjukkan prestasi, kebolehpercayaan serta kredibiliti Nissan dan kumpulan tersebut.

Sempena sambutan ulang tahun Nissan, beliau berkata, ETCM yang juga anak syarikat milik penuh, akan menganjurkan Kempen Tawaran Hebat Ulang Tahun Ke-60, dengan menawarkan model jualan tertingginya, Nissan Almera 1.5 Automatic, daripada serendah RM600 sebulan.

Ia juga telah melancarkan Kempen Liga Juara-Juara Pesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Nissan Union bagi tahun ketiga berturut-turut, dengan peminat berpeluang memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir liga tersebut.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.nissan.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Nissan ETCM di 1-800-88-3838. 

Tags / Kata Kunci: Nissan , Tan Chong Group

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan