Honda Malaysia Sasar Jualan 2,000 Unit Sebulan Bagi City Baharu

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Honda Malaysia Sdn Bhd menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi model City baharu yang dilancarkan, dengan varian S berharga kurang RM1,000 daripada S+ sebelum ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Katsuto Hayashi berkata City baharu itu, dilengkapi penambahbaikan segmen C serta tawaran keselamatan dan ciri-ciri canggih yang dinaik taraf, ditawarkan pada harga segmen B tanpa sebarang kenaikan.

City baharu itu, yang mengekalkan enjin 1.5L i-VTEC Honda, boleh didapati dalam tiga varian iaitu S, E dan V, dengan harga atas jalan masing-masing antara RM78,300, RM84,600 dan RM92,000.

"Saya yakin tiga varian ini boleh menarik lebih ramai pembeli yang berminat untuk bertukar kepada ciri-ciri nilai tambah lebih baik," katanya dalam ucapan semasa pelancaran model City baharu itu di sini, Khamis.

Model baharu itu tersedia dalam lima warna iaitu Lunar Silver Metallic, Dark Ruby Red Pearl, Taffetta White, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.

Sejak pelancaran Honda City Generasi Keempat pada Mac 2014, model itu menerajui kategori Sedan segmen B dengan lebih 100,000 unit dijual di Malaysia, dan hampir 40 peratus jualan Honda Malaysia dalam tempoh tiga tahun.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Honda City , i-VTEC

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan