suria

RHB Bank Sasar 50,000 Pemegang Akaun Baharu Bagi Akaun Deposit Dalam Talian

U Chen Hock

KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd menyasarkan 50,000 pemegang akaun baharu bagi akaun deposit dalam taliannya, RHB Smart Account dan RHB Smart Account-i, dalam tempoh enam bulan mulai 1 April tahun ini.

RHB Smart Account ialah akaun konvensional, manakala RHB Smart Account-i pula merupakan akaun Islam menerusi konsep Murabahah komoditi.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Perbankan Runcit, U Chen Hock, berkata bank itu mengumpul RM7 juta baki akaun bagi kedua-dua akaun dalam tempoh pelancaran awal dari 9 Jan hingga 26 Feb, 2017.

Beliau berkata daripada RM7 juta itu, 15 peratus membabitkan pelanggan akaun baharu dan selebihnya petugas bank RHB.

"Bagi pelancaran rasmi bulan depan, kami menyasarkan untuk mendaftar purata RM3,000 baki akaun setiap pelanggan," katanya pada taklimat media mengenai akaun baharu itu di sini, Rabu.

U berkata dari segi pulangan, kedua-dua Akaun Smart RHB dan RHB Smart Akaun-i, menawarkan pulangan tiga peratus setahun, serta bonus satu peratus jika mereka menyimpan, membayar bil dalam talian, berbelanja dan melabur dengan RHB.

"Bermatlamatkan segmen pelanggan kaya dan celik teknologi, kami menyasarkan pengurus dan eksekutif profesional yang sibuk, namun mahu merancang masa depan mereka di hujung jari.

"Dengan deposit bulanan minimum RM2,000 dan mengekalkan baki purata RM1,000 dalam akaun, pemegang akaun layak untuk pembayaran bonus," katanya.

Pembayaran bonus dihadkan sehingga RM100,000 baki akaun bulanan.

RHB Bank, Akaun, Niaga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain