Untung Sebelum Cukai Suku Kedua Sime Darby Naik Kepada RM921 Juta

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 3:10 PM

Tan Sri Mohd Bakke Salleh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Untung sebelum cukai Sime Darby Bhd naik kepada RM921 juta pada suku kedua yang berakhir pada 31 Dis, 2016 daripada RM475 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Perolehan meningkat kepada RM12.34 bilion daripada RM11.83 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Mohd Bakke Salleh dalam  makluman kepada Bursa Malaysia berkata peningkatan ketara dalam pendapatan kumpulan disumbangkan oleh kenaikan dalam harga minyak sawit mentah (MSM) dan pengeluaran tandan buah segar yang lebih baik semasa tempoh dalam kajian.

Bagi setengah tahun yang berakhir pada 31 Dis, 2016 (separuh tahun kewangan 2017), kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.6 bilion manakala keuntungan bersih berjumlah RM1.1 bilion.

Keuntungan sebelum cukai kumpulan dan keuntungan bersih bagi separuh tahun kewangan 2017 naik, masing-masing sebanyak 66 peratus and 79 peratus berbanding tempph enam bulan pertama sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai bahagian perladangan meningkat hampir empat kali ganda kepada RM568 juta pada suku kedua tahun kewangan 2017 daripada RM159 juta pada tempoh yang sama 2016, terutamanya disebabkan oleh realisasi harga purata MSM yang lebih tinggi dan pengeluaran tandan buah segar yang lebih baik pada tempoh semasa, terutamanya di Indonesia dan Papua New Guinea.

Kumpulan turut mengumumkan dividen interim sebanyak 6.0 sen sesaham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2017.

Tags / Kata Kunci: Sime Darby

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan