suria

IJM Corp Dapat Kontrak Pusat Membeli Belah Cecah RM1.16 Bilion

KUALA LUMPUR: Anak syarikat IJM Corporation Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, telah berjaya kontrak bernilai RM1.16 bilion daripada  MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd.

Syarikat itu dalam satu kenyataan, berkata projek itu adalah untuk mereka bentuk dan membina struktur utama serta sokongan pusat membeli belah yang terkait dengan infrastruktur setempat dan kerja-kerja landskap (parsel satu, fasa satu pembangunan Bukit Bintang City Centre) di Jalan Hang Tuah/Jalan Pudu, Kuala Lumpur. 

Projek itu meliputi satu blok gedung membeli-belah setinggi tujuh tingkat, termasuk satu aras bawah dan satu tingkat bilik kejuruteraan di atas pusat meletak kereta enam tingkat, yang terdiri daripada dua tingkat bawah dan empat tingkat bawah tanah.

Tempoh pembinaan projek adalah selama 40 bulan.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain