Ranhill Rancang Kembangkan Perniagaan Tenaga Di Asia Tenggara

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ranhill Holdings Bhd merancang untuk mengembangkan perniagaan tenaganya di Asia Tenggara dalam usaha meningkatkan sumbangan pendapatan kepada 50 peratus berbanding 30 peratus sekarang ini.

Kumpulan itu berhasrat menambah kapasiti stesen tenaganya kepada 1,000 megawatt (MW) daripada 380MW ketika ini dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Tenaga, Ir Zahrul Faizi Hussien.

Menurut beliau, Ranhill sedang mengkaji beberapa projek berpotensi di rantau ini, terutama di Myanmar, Thailand dan Kemboja. 

"Kami akan umumkan apabila tiba masanya. Kami sedang meneliti stesen paling sesuai yang mungkin diperlukan mereka.

"Ia mungkin turbin gas kitaran gabungan (CCGT) untuk Myanmar dan Kemboja.

Biasanya, kami akan menubuhkan satu konsortium (dalam negara terlibat untuk menjalankan projek itu)," katanya kepada Bernama. 

Zahrul Faizi berkata, kumpulan itu akan memperuntukkan antara RM100 juta dan RM150 juta untuk projek terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika lawatan media ke dua stesen turbin gas gabungan 190MW Ranhill, iaitu Stesen Tenaga Teluk Salut dan Stesen Tenaga Rugading di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Kehadiran kumpulan itu di Sabah adalah melalui anak syarikatnya, Ranhill Powertron Group, iaitu Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

Ia adalah penyumbang terbesar kepada keperluan tenaga Sabah Electricity Sdn Bhd yang menjana, menghantar dan mengagihkan elektrik di negeri itu dan Labuan.

Sementara itu, stesen Teluk Salut yang diuruskan Ranhill Powertron Sdn Bhd dan Stesen Rugading oleh Ranhill Powertron II Sdn Bhd, telah beroperasi sepenuhnya dengan menyumbang 37 peratus permintaan beban maksimum kepada grid Sabah.

Stesen tenaga kitaran gabungan menggunakan turbin wap dan gas serentak untuk menghasilkan sehingga 50 peratus elektrik tambahan berbanding stesen tradisional kitaran mudah.

"Kami menganggap syarikat kami sebagai syarikat penjanaan tenaga yang kecil dengan kapasiti 380MW jika dibandingkan dengan IPP lain.

"Di Sabah, kami besar tapi di Malaysia kami agak kecil. Kami berpendapat  1,000MW adalah sasaran yang boleh dicapai dengan syarat kami turut beroperasi di luar Malaysia," kata Zahrul Faizi. 

Ranhill merancang untuk mempunyai sumbangan pendapatan yang sama daripada sektor air dan tenaga berbanding 70:30 sekarang ini.

Kumpulan air dan penjanaan tenaga yang disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia itu mencatat pendapatan RM1.072 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2016 manakala untung sebelum cukai berjumlah RM139.3 juta.

Daripada jumlah itu, segmen tenaga menyumbang pendapatan RM239.1 juta dan keuntungan sebelum cukai RM43.9 juta.

Ketika ditanya mengenai perkembangan stesen gas kitaran gabungan ketiganya di Sabah, Zahrul Faizi berkata, kumpulan itu menjangka beberapa kemajuan akan dicapai dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

"Terdapat beberapa isu untuk diselesaikan seperti bekalan gas dengan Petronas," tambahnya.

Ranhill telah memperoleh mandat daripada Suruhanjaya Tenaga pada akhir September tahun lepas untuk membina, mentauliah dan mengendali sebuah stesen tenaga 300MW di Sabah melalui satu konsortium syarikat swasta.

Konsortium itu diarah memulakan rundingan dengan Petronas serta syarikat yang dikenal pasti kerajaan untuk membangunkan Saluran Paip Gas Trans-Sabah bagi menentukan terma dan syarat mengenai bekalan gas yang diperlukan untuk projek tersebut.

Ranhill mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 50 peratus dalam satu daripada syarikat swasta terbabit.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ranhill , Zahrul Faizi Hussein

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan