Boustead Plantations Catat Keuntungan RM216 Juta

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Boustead Plantations Berhad mencatatkan prestasi yang kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, dengan untung selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM216 juta berbanding RM72 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai pula meningkat kepada RM276 juta, manakala hasil bertambah kepada RM708 juta.

Ia dicapai terutamanya berbekalkan perolehan yang direalisasi daripada pelupusan tanah di Kulaijaya, Johor, serta pelupusan Boustead Sedili Sdn Bhd, yang bernilai RM158 juta.

Harga produk sawit lebih tinggi juga menyumbang kepada keuntungan yang lebih kukuh.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Kumpulan untuk menambah nilai bagi pemegang saham, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim keempat 3.5 sen sesaham.

Dividen akan dibayar pada 16 Mac 2017 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam daftar pada 3 Mac 2017. Ini bermakna dividen terkumpul yang dibayar berjumlah 14.5 sen sesaham.

Harga jualan purata bagi minyak sawit mentah (CPO) pada 2016 ialah RM2,584 setan metrik (MT), meningkat sebanyak 20 peratus berbanding RM2,148 MT tahun lepas,  manakala harga isirung sawit (PK) purata mencatatkan peningkatan 60 peratus kepada RM2,460 MT. 

Pengeluaran tandan buah segar (FFB) merosot kepada 908,576 MT, terutamanya disebabkan cuaca buruk yang dibawa fenomena El Nino yang berpanjangan, pertikaian tanah berlarutan di Sarawak dan kekurangan tenaga
buruh. 

Kadar pengekstrakan minyak purata adalah 21.5 peratus, manakala kadar pengekstrakan isirung ialah 4.4 peratus, sedikit lebih rendah berbanding tahun lepas.

Naib Pengerusi Boustead Plantations, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, pihaknya gembira dengan prestasi tahun lalu selepas memanfaatkan harga CPO yang lebih tinggi dan pelupusan tanah yang memberi sumbangan positif.

“Dalam tempoh yang mendatang, prospek Kumpulan adalah positif memandangkan harga CPO dijangka kekal tinggi pada suku pertama 2017, terutama disebabkan tahap pengeluaran lebih rendah dan stok minyak sawit yang berkurangan. 

"Bagaimanapun, kami sedar bahawa keadaan mungkin berubah pada separuh kedua tahun dilaporkan, berasaskan jangkaan hasil tuaian minyak sawit yang besar di Malaysia dan Indonesia," katanya.

Kawasan Semenanjung terus menjadi penyumbang utama kepada Kumpulan, mencatatkan keuntungan lebih tinggi berjumlah RM74 juta berbanding RM35 juta tahun lepas, mencerminkan peningkatan 109 peratus.

Keuntungan lebih tinggi juga dicatat di kawasan Sabah iaitu berjumlah RM72 juta pada tahun lalu, lonjakan besar berbanding RM29 juta pada tahun
sebelumnya. 

Sementara itu, kawasan Sarawak pula mencatatkan keuntungan RM8 juta, sekali gus menunjukkan pemulihan kukuh berbanding kerugian RM4 juta tahun lepas
bersandarkan harga produk minyak sawit yang lebih tinggi. 

Tags / Kata Kunci: Boustead , Lodin Wok Kamaruddin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan