MIFB 2017 Jangka Catat US$400 Juta Daripada Aktiviti Pemadanan Perniagaan

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesta Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia 2017 Ke-18 (MIFB 2017) menjangka menarik US$400 juta (US$1.00=RM4.44), dalam aktiviti pemadanan perniagaan, kenaikan 20 peratus berbanding US$360 juta tahun lepas.

Dianjurkan Sphere Exhibits Malaysia Sdn Bhd, pameran tiga hari mulai 9 Ogos itu setakat ini mengesahkan penyertaan Korea Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan dan Sri Lanka, selain Malaysia.

Pengarah Urusan, Elaine Chia berkata, sasaran jualan yang lebih tinggi itu dipacu oleh ruang pameran yang lebih besar serta peningkatan permintaan global untuk produk makanan sihat, semula jadi serta halal.

"Pavilion utama tahun ini adalah untuk China, Thailand, Indonesia, Singapura dan Taiwan," katanya pada taklimat media mengenai pesta itu di sini, Selasa.

"Pavilion China agak besar dan saya berpendapat sumbangan terbesar akan diperoleh daripadanya," katanya.

Pengarah Projek Antarabangsa Sphere Exhibits Malaysia, Henri Tan berkata, tumpuan utama MIFB 2017 adalah seiring dengan trend global yang mengutamakan makanan sihat, di mana kebanyakan orang memilih produk makanan semula jadi dan halal.

"Pengeluar makanan utama Malaysia, termasuk syarikat asing sudah pun memberi tumpuan ke atas produk makanan sihat, dengan kandungan garam dan gula yang kurang," tambahnya.

Dengan ruang pameran yang lebih besar, iaitu 12,000 meter persegi berbanding 10,000 meter persegi tahun lepas, MIFB 2017 dijangka dapat menempatkan lebih 550 pempamer daripada lebih 40 negara. 

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan