GST Bukan Punca Mydin Rugi

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS merupakan faktor utama yang menyebabkan kerugian ditanggung Mydin Mohamed Holdings Bhd pada 2016, dan bukan disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau dasar-dasar kerajaan.

Pengarah Urusannya Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata pengusaha pasar raya besar Mydin di seluruh negara mengalami kerugian disebabkan penurunan nilai ringgit kerana kebanyakan daripada produknya diimport.

"Paras ringgit berbanding dolar AS adalah pada 3.65 pada 1 April, 2015, berbanding kira-kira 4.42 setiap dolar AS ketika ini. Itulah berapa banyak  ringgit yang telah turun dalam tempoh itu," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Ameer berkata kelemahan ringgit berbanding dolar AS telah menyebabkan Mydin terpaksa membayar harga lebih tinggi lagi bagi produk yang dipesannya, tanpa menaikkan harga kepada pengguna.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan yang tersebar dalam media sosial mendakwa pasar raya besar itu mengalami kerugian disebabkan dasar dan pentadbiran kerajaan sekarang. 

Ameer menegaskan beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa dalam laporan-laporan itu, dan tidak pernah mengkritik pentadbiran sekarang, walaupun ada beberapa dasar-dasar yang diperkenalkan mungkin menjejaskan perniagaan. 

Menurutnya, GST tidak pernah menjadi punca kepada kerugian itu kerana cukai tersebut hanya menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini. 

Beliau berkata Akta Anti Pencatutan menyukarkan Mydin untuk menaikkan harga produknya kerana proses itu remeh, memerlukan perniagaan untuk menyatakan alasan terperinci mengapa mereka perlu menaikkan harga bagi mana-mana produk tertentu yang mereka jual. 

Justeru itu, katanya, sukar untuk memindahkan kos kepada pengguna, kerana kelemahan ringgit telahpun menyebabkan penurunan kuasa beli, yang seterusnya menjejaskan perniagaan kumpulan.

Tags / Kata Kunci: Mydin

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan