Malindo Air Perluas Perkhidmatan 'Smart Shuttle'

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air memperluaskan perkhidmatan 'Smarter Shuttle' dari Subang ke tiga lagi destinasi, iaitu Alor Setar, Terengganu dan Kota Bharu secara percuma.

Ketua Pegawai Esekutif, Chandran Rama Muthy berkata, keputusan itu dibuat susulan kejayaan perkhidmatan penerbangan berkenaan ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Beliau berkata, perkhidmatan tersebut bukan hanya satu keselesaan, malah kecekapan masa untuk penumpang memandangkan mereka boleh memaksimumkan atau meminimumkan tempoh di destinasi masing-masing mengikut jadual mereka.

"Ini menjadi kelebihan kepada pengembara percutian dan perniagaan, khususnya bagi destinasi tempatan, yang membolehkan mereka mengambil penerbangan tersedia mengikut pilihan mereka," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Bernama.

Mengenai unjuran Malindo Air pada 2017, Chandran berkata ia akan menjadi tahun yang lebih cerah, dengan beberapa usaha dan jangkaan pembangunan yang sedang dirancang di habnya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Beliau berkata, syarikat penerbangan itu menjangkakan jumlah penumpangnya meningkat 25 peratus kepada 1.7 juta tahun ini.

Sasaran tersebut diletakkan setelah mengambil kira rasionalisasi pasaran dan pelan perluasan serentak Malindo Air yang termasuk penerimaan dua lagi pesawat dan pada masa sama mengekalkan faktor muatan purata 75 peratus, katanya.

Seiring dengan pertumbuhan pesat Malindo Air, beliau berkata, syarikat itu memperkenalkan Tambang Warga Emas Malindo, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas akan layak mendapat potongan 20 peratus daripada tambang asal.

Pembelian boleh dibuat di Pejabat Jualan Tiket Lapangan Terbang dan outlet Jualan Malindo yang sah.

Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan