suria

Shell Malaysia Lancar Minyak Skuter Baharu

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain (tengah) bersama Pengurus Besar Shell Pelincir Malaysia dan Singapura, Leslie Ng (kanan) dan Pelumba MotoGP dari pasukan Ducati Team, Andrea Dovizioso (kiri) bergambar bersama produk baharu minyak pelincir yang diformulasi khusus untuk skuter ketika majlis Pelancaran Barisan Produk Minyak Pelincir Shell Advance untuk Skuter di Stesen Minyak Shell, Batu 3, Jumaat.

SHAH ALAM: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan tiga minyak skuter baharu untuk terus menjadi peneraju dalam penyelesaian pelincir bagi motosikal, kata Pengarah Urusan Shairan Huzani Husain.

Beliau berkata buat masa ini syarikat menguasai 30 peratus bahagian pasaran  bagi pelincir kenderaan dan motosikal.

"Skuter merupakan kira-kira 11 peratus daripada jumlah motosikal di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 12 juta dan kami harap dapat memenuhi permintaan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran minyak tersebut di sini, Jumaat. 

Produk baru itu ialah Shell Advance 4T Ultra Scooter, Shell Advance 4T AX 7 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance yang kesemuanya sintetik penuh.

"Minyak tersebut memiliki ciri-ciri Teknologi PurePlus dan Teknologi Pembersihan Akfif, yang membersihkan enjin lebih baik dan mengekalkan penstabilan pengoksidaan lebih lama daripada minyak konvensional. 

Harga runcit bagi minyak skuter ialah antara RM12 dan RM68.70 seliter.

Sementara itu, Shairan berkata, Shell Malaysia merancang untuk meningkatkan  jumlah pusat Shell Advance MotoCare Express (SAMCE) di stesen Shell yang terpilih tidak lama lagi berbanding hanya dua SAMCE buat masa ini. 

"Syarikat kini menjalankan pengujian terhadap perkhidmatan tersebut di 12 stesen di Lembah Klang, pantai timur, serta di wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

"Perkhidmatan penyelenggaraan itu hanya untuk motosikal yang mempunyai enjin berkuasa bawah 250 cc. Ia merupakan satu penambahan baharu yang penting kepada pusat sehenti bagi pengguna jalan raya.

"SAMCE, yang pantas, menyenangkan, mudah dikunjungi dan pada harga berpatutan, diharapkan dapat membantu para penunggang motosikal mengekalkan prestasi kenderaan dua roda mereka dalam keadaan yang baik," katanya.-- Bernama


Shell, Shairan Huzani Husain

Artikel Sebelum

GST Bukan Punca Mydin Rugi

Artikel Lain