Tabung Haji Peruntukan RM2 Bilion Labur Hartanah Bagi Tempoh Tiga Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) merancang melabur RM2 bilion dalam sektor hartanah di United Kingdom dan Australia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah berkata perancangan tersebut dilakukan bagi memastikan TH mampu mendapat pulangan pendapatan berulang pada masa akan datang.

"Buat masa ini, TH belum membuat keputusan akhir berkenaan pelaburan tersebut, namun kami telah mengenal pasti sebuah bangunan yang mampu memberi pulangan lapan peratus setahun," katanya. 

Selain itu, beliau berkata bagi 2017, TH akan memberi fokus kepada projek konsesi, terutama projek berkaitan infrastuktur kerajaan, bagi memantapkan perolehan institusi itu pada masa akan datang.

"Kita juga sedang memperkukuh penglibatan TH dalam bidang perhotelan patuh Syariah, termasuk hotel dan kompeks TH di Sepang, yang kini berada dalam fasa terakhir penyiapan," katanya ketika mengumumkan hibah kepada pendeposit Tabung Haji 2016, di sini, Jumaat. 

Beliau berkata kompleks TH baharu di Sepang, Selangor yang akan menggantikan kompleks sedia ada di Kelana Jaya, dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun depan. 

Kerja-kerja pembinaan kompleks yang menelan belanja kira-kira RM400 juta itu kini berbaki 20 peratus.

"Kita menyasarkan jemaah haji akan mula menggunakan kompleks ini pada tahun hadapan sebagai pusat pelepasan sebelum terbang menunaikan haji, dan kompleks ini juga akan dibuka kepada orang awam sebagai hotel penginapan bertaraf empat bintang," katanya. 

Jelasnya, kompleks itu bakal mempunyai 333 buah bilik yang menempatkan dua hingga tiga tetamu di setiap bilik, selain dewan yang berkapasiti sehingga 1,500 orang. 

Beliau berkata bagi kompleks di Kelana Jaya, perancangan sedang dibuat oleh Tabung Haji bagi membangunkan semula kawasan tersebut. 

"Kita sedang melihat potensi pembangunan yang sesuai di kompleks itu, namun bukanlah sebagai hotel kerana kami menganggap kawasan tersebut tidak sesuai," katanya.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit, merangkumi 4.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.

Katanya kesemua itu melibatkan pembayaran sebanyak RM2.88 bilion.

Untuk rekod, TH mengumumkan 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji pada tahun kewangan 2015, berjumlah RM3.22 bilion. 

Jamil Khir berkata bayaran hibah bagi 2016 itu akan memberi manfaat kepada keseluruhan 9.1 juta pendeposit, manakalah hibah haji diberi kepada 8.5 juta pendeposit yang belum menunaikan haji. 

"Hibah ini telah mengambil kira 2.5 peratus bayaran zakat perniagaan TH 2016 sebanyak RM60.3 juta.

"Dana simpanan pendeposit TH terkumpul sebelum bayaran hibah pada 31 Dis, 2016 berjumlah RM64.8 billion, peningkatan empat peratus berbanding pada 2015 sebanyak RM62.5 bilion," katanya.

Katanya TH mencatatkan penurunan pendapatan pada 2016 kerana pada 2015, TH menerima dividen sekali hasil penjualan aset perladangan di Indonesia sebanyak RM874 juta, dan sebuah bangunan di London bernilai RM290 juta.

"Malah, kesan pengucupan ringgit berbanding dolar, penurunan harga minyak kelapa sawit dan minyak mentah serta pertumbuhan ekonomi global yang lembap, turut mengakibat trend penurunan yang sama dihadapi oleh pengurus-pengurus dana lain," katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata subsidi haji tahun ini dijangka meningkat 25 peratus kepada lebih RM200 juta berbanding tahun lepas (RM160 juta).

Ini berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi yang mengembalikan kuota asal jemaah haji kepada 27,900 orang berbanding 22,320 orang sebelum ini. 

Jumlah keseluruhan subsidi haji yang telah ditanggung kerajaan sejak 2007 sehingga 2017 dijangkakan melebihi RM1.1 bilion. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , Johan Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan