suria

Global Halal Exchange Perluas Capaian Kepada Pengguna

KUALA LUMPUR: Global Halal Exchange (GHX), e-Pasaran bagi industri halal yang ditawarkan oleh Dagang NeXchange Bhd (DNeX), memeterai dua perjanjian dalam usaha untuk meluaskan capaiannya kepada pengguna yang mahu mendapatkan produk dan perkhidmatan halal.

DNeX dalam satu kenyataan pada Khamis berkata perjanjian itu adalah antara GHX dan Koperasi Masyarakat Muslim Bukit Jelutong Bhd (KMMBJB) serta GHX dan peniaganya, Food Artist Sdn Bhd (FASB).

Di bawah perjanjian itu, KMMBJB akan menjadi pengendali bagi ruang runcit seluas 2,500 kaki persegi, iaitu GHX Showcase di Shah Alam, yang mana produk akan didapatkan daripada peniaga GHX daripada sektor makanan dan minuman, kecantikan dan kesihatan.

"Cawangan fizikal kedua seumpama itu dijangka beroperasi pada Mac tahun ini," kata DNeX.

Syarikat itu berkata GHX Showcase merupakan sebahagian daripada usaha pemasaran oleh e-Pasaran yang menggabungkan strategi dalam talian dan juga luar talian untuk meluaskan capaiannya kepada pengguna dan peniaga.

DNeX juga berkata GHX akan menjadi pengedar tunggal rangkaian produk bebola daging sejuk beku FASB di bawah jenama 'Mat Bulat'. - BERNAMA


Global Halal Exchange

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Michael Chan Dilantik CEO MYTV

Artikel Lain