Anak Syarikat DRB-HICOM Jual Keseluruhan Pegangan Dalam DLSB

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 10:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung DRB-HICOM Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menjual keseluruhan pegangan dalam DRB-HICOM Leasing Sdn Bhd (DLSB) kepada DRB-HICOM EZ-Drive pada RM14.97 juta.

EZ-Drive dan DLSB merupakan anak syarikat milik penuh EON.

Setelah selesai cadangan penyusunan semula dalaman, DLSB akan menjadi anak syarikat milik penuh EZ-Drive.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, DRB-HICOM berkata cadangan penyusunan semula dalaman itu akan membolehkan EON mengukuhkan perniagaan pemajakan dan penyewaan kenderaan di bawah satu syarikat untuk operasi lebih cekap serta penjimatan kos yang akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Kumpulan DRB-HICOM.

"Sekiranya tiada halangan, cadangan penyusunan semula dalaman itu dijangka selesai pada separuh pertama 2017," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, EON turut mengumumkan penjualan keseluruhan pegangan dalam Multi Automotive Service and Assist Sdn Bhd.

Cadangan penjualan berkenaan adalah seiring dengan hasrat kumpulan DRB-HICOM untuk memperkemas operasi dengan melupuskan perniagaan tidak penting dan memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, DRB-HICOM berkata anak syarikat milik penuhnya, PHN Industry Sdn Bhd telah menyelesaikan pemerolehan 10 juta saham biasa pada RM1.00 dalam Oriental Summit Sdn Bhd pada RM23.96 juta.

Penyusunan semula dalaman akan membolehkan aktiviti pembuatan bersama dilaksanakan oleh PHN Industry dan Oriental Summit Industries Sdn Bhd yang akan menghasilkan penjimatan kos bagi Kumpulan DRB-HICOM. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: DRB-Hicom , EON

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan