Vistajet Catat Pertumbuhan Tempahan Penerbangan 137 Peratus Pada 2016

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan global, VistaJet mencatat pertumbuhan tempahan penerbangan sebanyak 137 peratus pada 2016, didorong kehadiran pelancong yang tiba serta berlepas dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu kenyataan, VistaJet yang juga perintis perkhidmatan jet peribadi dengan langganan berasaskan jumlah jam, berkata ketibaan dan pelepasan penumpang asing dan warga AS dari negara maju itu meningkat sebanyak 122 peratus bagi tahun ke tahun.

Menurutnya, para pelanggan boleh membuat tempahan beserta sajian makanan lengkap dalam tempoh minimum 90 minit selain menempah makanan dari restoran pilihan mereka.

Vistajet dilengkapi sejumlah 71 pesawat jenis Challenger dan Global yang ditempatkan di serata dunia bagi memudahkan usaha mengambil penumpang dari mana-mana lokasi.

Pengerusi dan Pengasasnya, Thomas Flohr berkata Amerika Utara merupakan pasaran perniagaan penerbangan paling matang di dunia dan pertumbuhan ketara VistaJet dalam masa singkat membuktikan pasaran itu sedia berdepan perubahan.

"Kami amat teruja kerana mampu memberi pilihan baharu kepada pelanggan, menyediakan perkhidmatan penerbangan ke lebih banyak bandar di AS dan sekitar dunia hasil kolaboratif dengan rakan niaga, Jet Aviation," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan